Monday, October 19, 2009

D’IMPIAN INN Parit Raja

Assalammuaikum buat semua sahabat.

Sudah beberapa bulan saya tidak up-date blog ni, tentunya alasan yang paling mantap adalah keadaan seharian yang terlalu sibuk membataskan saya untuk terus menulis.

Alhamdulilah, D’impian inn sebuah hotel yang dimiliki oleh orang melayu telah dapat dibangunkan di tengah-tengah pekan Parit Raja, Batu Pahat. Inilah projek saya yang terkini.

http://dimpianinn.blogspot.com/

Dengan bermodalkan idea, doa, kesabaran dan sedikit kewangan sendiri D’IMPIAN INN dapat direalisasi pada 01.06.2009. Kejayaan ini sungguh bermakna bagi saya dan keluarga.  D’impian Sdn. Bhd. sekarang  mempunyai sub syarikat berorentasikan penyelanggaraan dan pembersihan. Insaallah kalau dimurahkan rezaki 01.11.2009 D’impian Kopitim akan dibuka di hadapan hotel.

JIHAD EKONOMI

 

 

Pak wattan

Posted by in 05:47:51 | Permalink | Comments (2)

Tuesday, April 14, 2009

Kursus Usahawantani 26 April 2009

Assalammualaikum


Kepada sesiapa yang berminat mengikuti kursus dua dalam satu usahawantani (penanaman serai dan Baja compos) boleh menghubungi saya.

Pak Wattan – 019 777 8430 (kalau tak dapat sms dulu, selalu metting je..hehehe)

beralamat di : Kg. Sg. Belukang, Muar

Kursus ini menyediakan makan(sarapan, tengah hari (asam pedas muar ngan air kelapa) makan dalam kebun, dan minum petang,) manual , dan amali terus dari kebun.

Yuran : RM 300.00 (RM250 kalau daftar sebelum 20 April), anda juga boleh memilih untuk hanya menghadiri salah satu modul sama ada penanaman serai atau penyediaan baja compos. Satu modul dikenakan bayaran RM 200.00

Kelainan kursus ini berbanding kursus lain adalah kami lebih menumpukan amali terus dari ladang dan pengalaman dari 5 orang kampung yang biasa dengan pertanian. Saya juga menyediakan slot penerangan pinjaman modal dari bank atau mara tapi yang pasti bukan dari ALONG..

Pak Wattan
mybaha76@yahoo.co.uk
http://usahawanmuda.blog.com/
http://pakwattan.fotopages.com/

Posted by in 22:49:44 | Permalink | Comments Off

Kursus Usahawanmuda Anjuran Pak Wattan 2009

Alhamdullilah, setelah sekian lama saya berhasrat untuk berkongsi pengalaman saya melalui kursus keusahawanan akhirnya tercapai. Pada 12 April 2009 yang lepas seramai 22 orang peserta kumpulan pertama telah menamatkan kursus mereka dengan sempurna.

Kursus ini hanya sehari tetapi boleh memperolehi 2 ilmu, sebelah pagi penanaman serai   secara komersildan sebelah petang baja compus.

Peserta yang terlibat dalam kursus seramai 22 orang

Peserta didedahkan dengan kemahiran tani secara terus dari mereka yang berpengalaman

Teknik menyiang serai

Teknik Membaja


Sambutan dari peserta amat mengalakan, saya hanya berkongsi

Sebahagian dari tempat ternakan cacing

Baja  air yang telah siap, sedia untuk dijual, 500 ML – RM 10, 1.5 L- RM20.00 dan 10 L-RM 100….mari mencuba kesannya memang POWER….
,
Pak Wattan
http://pakwattan.fotopages.com/

Posted by in 22:28:10 | Permalink | Comments Off

Sunday, April 5, 2009

KURSUS SERAI DAN BAJA CACING

Assalammualaikum buat semua sahabat Saya ada menganjurkan kursus dua dalam satu (Serai dan Baja Cacing) pada 12 April 2009 (Ahad) dan 26 April 2009(Ahad). Kursus ini adalah sangat baik kerana ia aka mendedahkan peserta terus kepada prektikal (90%) dan hanya (10%) teori dalam kedua-dua bidang ini.

Kursus ini aka dibantu oleh mereka yang mahir dalam bidang pertanian. saya akan cuba mengupas tentang bagaimana penanaman serai dan ternakan cacing ini boleh mendapatkan pendapatan yang lumayan walaupun berada dikampung. Pendapatan 1 ekar serai boleh mencecah RM 4000 sebulan , bagaimana kalau kita ada 10 ekar tanaman serai sahaja… tentu pendapatannya lumayan…. tetapi ini semua bukan semudah yang disangka.

Yuran : RM 300.00 Seorang
Alamat : 234, Kg. Sg. Belukang, 83600, Semerah, Batu Pahat, Johor.
Tel: 019-777 8430 / mybaha76@yahoo.co.uk

terhad kepada 15 peserta untuk satu kursus

Pak Wattan

Posted by in 06:03:40 | Permalink | Comments Off

Friday, March 27, 2009

Pak Wattan 2009

Berita Pak Wattan masuk akhbar NST 20 March 2009 kebetulan hari lahir saya


Pak Wattan bersama pelajar yang kurang berkemampuan dalam majlis penyampaian sumbangan berbentuk 5 buah basikal.

Posted by in 09:31:24 | Permalink | Comments (1) »

Thursday, February 12, 2009

Berita Terkini Feb 2009

Alhamdulilah, Kelas tuisyen “percuma” yang saya buat mendapat sambutan dari penduduk tempatan dan sekarang ni nampaknya  “pendaftaran”nya terpaksa di tutup disebabkan terlalu ramai pelajar yang mendaftar sekitar muar-batu pahat. Isteri saya yang mengajarnya dari jam 8 malam hingga 10 malam setiap hari rabu. Pendekatan yang kami cuba terapkan adalah pelajar tahap 4,5 dan 6 ini dapat menguasai bahasa inggeris dengan baik. sukatan pelajarannya lebih kepada bahasa pertuturan, membina keyakinan mereka untuk bercakap dan sukakan bahasa inggeris. Kami target mereka akan mendapat “A” dalam subjek bahasa inggeris dalam peperiksaan mereka yang akan datang. Diselitkan juga keyakinan dan motivasi untuk terus berusaha.

Sebahagian pelajar-pelajar yang hadir malam semalam

Lepas kelas, mereka saya jamu dengan sate’

Nur Iman Liyana sudah 7 bulan

Tapak D’Iman Resort (camp Motivasi), bila lah akan menjadi kenyataan? Pembelanjaan permulaannya hampir 1 juta, mungkinkah hanya angan-angan?

Perkembangan projek serai, tempahan serai memang banyak tetapi terpaksa saya pantau dengan kegawatan dan kehabisan stok serai. ada tempahan dari kawan-kawan rapat je saya beri. serai mula membesar dalam sebulan dua (march) ni dapat lah mula menuai.  

Projek baja organik, baja telah mula diperolehi dan memang terbukti ke”power”an nya setelah saya mencuba di serai dan sawit.

Jumpa lagi
Pak Wattan

Posted by in 02:39:50 | Permalink | Comments (1) »

Monday, January 19, 2009

Berita “Pak Wattan” dalam Berita Harian

Posted by in 05:43:15 | Permalink | Comments (3)

Zakat Pendapatan Syarikat 2008

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah At-Taubah (ayat 103)

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”. Surah An-Nur (ayat 56)
 
“Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.” Surah Al-Baqarah (ayat 83)

Posted by in 05:29:07 | Permalink | Comments Off

Thursday, January 8, 2009

Projek “Kembali ke sekolah”

Alhamdulilah walaupun tak seberapa sumbangan yang boleh aku beri tetapi sekurang-kurangnya aku merasai bersama kesempitan dari tempias kegawatan ekonomi oleh orang kampung. Kalau dulu masa sawit RM 700 setan, yang ada kebun sawit 5 ekar akan biasanya mendapat 3 tan sebulan. Dapat le juga pendapatan RM2100 dan menampung belanja persekolahan anak–anak mereka. Tetapi sekarang, dengan harga sawit yang merundum RM 200 setan mereka hanya dapat RM 600 sebulan…apa mereka nak makan, pakai dan belanja. Bagaimana pula persekolahan anak-anak mereka,baju, buku, kasut dan dengan kesedaran itu aku cuba berkongsi “keuntungan” moganya diberkati olehNYA. Dengan projek “KEMBALI KE SEKOLAH” dapat juga kami medekati kesusahan yang mereka rasai dari 4 buah sekolah berdekatan.

Posted by in 19:44:22 | Permalink | Comments (1) »

Tuisyen Bahasa Inggeris Percuma Untuk Orang Kampung


Antara usaha kecil mengurangkan jurang “orang kaya” dengan “orang kampung”

Pendahuluan

Sekarang bukan zamannya lagi berpencak atau bersilat tetapi masanya untuk berhujah dengan idea. Walaupun begitu kadang-kadang saya terdiam, ada orang yang sempit fikirannya berkata pada saya bila saya bersembang, “tak payah lah kau menyalak, seolah-olah anjing menyalak bukit, bukit tak akan runtuh”, saya pening dan tak faham, lalu saya diam dan simpan dalam hati, mungkin betul kata “mereka”. Rupanya bila saya simpan ia jadi penyakit, perut saya senak, mata saya merah, otak saya beku dijajah.

Suatu masa dulu, saya pernah menjadi penghantar pizza rumah ke rumah. Antara banyak-banyak pelanggan yang saya hantar, saya ingat seorang pelanggang tetap berbangsa cina yang mempunyai anjing. Banyak kali aku terserempak dengan anjing yang menjaga rumah tuannya. ANJING itu menyalak setiap kali melihat saya. Dia akan terus menyalak tidak kira pagi atau petang. Dia akan menyalak apabila terlihat objek melintas di hadapannya. Kekadang salakannya memanjang, mendayu dan menyeramkan. Kata orang, salakan begini bererti anjing itu ternampak hantu.Tabiat semula jadinya ialah menyalak. Lantaran apa sahaja pergerakan yang dilihatnya, dia akan terus menyalak. Anjing kalau tidak menyalak, bukan anjing namanya. Menyalak bukan hobinya tetapi naluri kehidupannya.

Setelah kerap saya kesitu, saya bertanya pada tuannya“encik, anjing encik ini menyalak setiap kali saya hantar pizza, sampai takut saya nak kemari”. Sehingga esoknya saya datang tidak lagi dengar salakan anjing itu. Saya bertanya tuannya mengapa?. rupanya, tuannya mencari simpai dan menyimpai mulutnya. Saya terfikir, niat anjing itu murni untuk menjaga rumah tuannya. Mulutnya terkunci dan lantaran itu menegahnya daripada menyalak. Nalurinya untuk menyalak telah dihalang. Haknya untuk menyalak telah disekat. Itulah satu-satunya hak asasi yang ada pada binatang yang bernama anjing.saya fikir, apalah salah yalakan anjing tadi, hanya untuk memberitahu tuanya supaya berhati-hati dan menjaga dari terancam, Cuma salahnya saya takutkan salakan anjing tadi. Baguslah sebenarnya saya takut, supaya siapa sahaja ke situ akan berhati-hati. Tuan nya itu lah yang tak patut, zalim dan tak faham erti kehidupan. Beberapa hari selepas itu saya pergi lagi, kali ini rupanya anjing itu sudah mati dan mungkin menanggung derita perasaannya dengan tidak dapat menyalak. Saya pula rasa bersalah….

Dengan itu, saya rasa saya patut bersembang dan menyampaikan juga memberitahu dengan hujah dan fakta bila mana saya terlihat sesuatu yang salah, terpulanglah anda ingin tahu atau tidak. Kerana itu naluri saya sebagai seorang manusia normal.

Dasar pelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris

Sebelum saya menulis panjang biarlah saya beritahu yang saya sangat bersetuju dan tidak menentang anak-anak kita mahir dalam berbahasa inggeris malahan bukan bahasa inggeris sahaja bahkan bahasa Spain, China atau India pun harus dikuasai kalau mampu. Sekarang pokoknya “bagaimana ?” tetapi sebelum soalan itu dijawab, soalan pertama yang harus dijawab adalah “mengapa perkara ini perlu dilaksanakan?”.

Mematikan minat belajar dengan penggunaan bahasa lain dari bahasa ibunda

Banyak juga negara yang telah saya dalam pelbagai tujuan. Jepun, china, germen, US, UK dan sehingga sebenarnya saya mendapat pendidikan selama 5 tahun di negara barat dengan berorentasikan bahasa pengantarnya adalah bahasa inggeris. Penguasaan bahasa saya tidak lah teruk sangat malah jika dibandingkan pelajar negara lain kita lebih keterdepan. Setelah saya fikir dan dalami, mana ada negara yang mengajar sains dan matetatik dalam bahasa yang mereka tidak tahu seawal hari pertama masuk sekolah bagi anak-anak mereka. Ini yang saya katakan perkara ini satu keputusan yang kurang tepat. Cuba bayangkan anak seorang nelayan dikampung, sudahlah percakapan harianya loghat melayu-setempat, tiba-tiba hari pertama kesekolah dia diajar dengan bahasa yang dia tak pernah faham. Bagaimana mahu menarik minat pelajar itu untuk terus maju. Mereka terpaksa dengan tiada pilihan lain dan tertinggal dalam pembelajaran akhirnya.

Bahasa melambangkan bangsa

Kalau ditanya sudah ada negara yang mula menggunakan bahasa inggeris secara meluas. Ya, memang ada negara-negara maju mula menggunakan bahasa inggeris contohnya china dan jepun. Tetapi mereka tidak menggantikan bahasa pembelajaran kepada inggeris. Alangkah ruginya kita hanya mengagungkan bahasa penjajah, sedangkan telah banyak buku rujukan dalam bahasa melayu. Bukankah bahasa melambangkan bangsa.. Kita orang islam sudah menggunakan bahasa melayu sudah lebih 800 tahun dulu, konsep islam, syariat islam, ilmu islam, budaya islam dan sebagainya kita faham melalui bahasa kita. Contoh yang paling dekat, perkataan ijab dan Kabul tak ada kamus bahasa inggeris, nikah pun tak ada. Engaged makna bertunang itu betul, Dan banyak lagi..

Bukan sedikit yang telah memperolehi PhD dalam pelbagai bidang dengan sistem lama(penggunaan bahasa melayu), bukan sedikit sudah menjadi menteri, bukan sedikit mereka sudah menjadi pakar. Terkenal diantarabangsa, bukan sedikit telah menjadi “internasiotnal player” dalam setiap penjuru kepakaran. Apa gusarnya dengan bahasa melayu yang digunakan dalam sistem pendidikan..emm kita mengundur kebelakang sebenarnya.

Negara lain maju dengan bahasa mereka, mengapa tidak kita. Kita seolah-olah terlalu mahukan bahasa inggeris itu sahaja penyelesaian untuk banyak perkara. Kita dianggap moden kalau kita berbahasa inggeris, ya ke begitu?. Kita harus ingat banyak negara yang maju hanya menggunakan bahasa mereka sahaja dalam sistem pembelajaran mereka, iran boleh buat bom sendiri, sampai US takut, jepun maju teknologi mereka hingga menggegar dunia. Benua eropah yang hanya sejengkal sahaja jaraknya jika dibuka peta dunia dari united kingdom menggunakan bahasa ibunda mereka dalam pendidikan asas, mereka terus maju. Saya tidak nampak masalah langsung dalam perkara ini. Sekiranya kita berkata ada antara kita yang masih berkiblatkan penjajah, yang indah-indah itu dari sana, kita marah tetapi banyak perbuatan kita terjurus pada paksi itu tadi.

Adakah kita hanya memberi alasan, adakah ini semua asalnya kerana banyak pengangguran. kita membuat kesimpulan, pengangguran disebabkan ramai yang tidak pandai berbahasa inggeris. saya setuju sangat ada usaha-usaha untuk meningkatkan penguasaan dalam bahasa inggeris sebagai contoh memanjangkan masa dalam pelajaran tersebut, itu tidak mengapa. tetapi tidak menukarkan pengajaran dalam bahasa inggeris, sebagai contoh disebabkan perkara ini 80% subjek pengajaran dalam bidang teknologi dan kejuruteraan harus diajar dalam bahasa inggeris.

Genarasi masa depan dipimpin golongan “bangsawan”

APA YANG SAYA TAKUTKAN…Perkara ini tidak dapat dilihat kesannya secara mendalam dalam tempoh terdekat, ianya akan terkesan dan dirasai dari kesilapan sistem yang ada sekarang 20 tahun lagi. Dalam apa sahaja organisasi (dari kerajaan sampai ke swasta, dari menteri sampailah pengurus kedai kecil) akan didokongi dan diketuai oleh mereka generasi ke-dua yang cemerlang dalam sistem sekarang (pendidikan bahasa inggeris). Cuba anda fikir siapa yang cemerlang pada masa itu, tentunya mereka yang memang mendapat pendedahan dari keluarga, atau anak golongan “menengah”, orang pekan/bandar, anak saya, anak anda yang mendapat pendedahan yang cukup. Apa yang akan jadi pada anak-anak kampung, hanya mewarisi kemiskinan ibu dan ayah mereka. Jurang antara penduduk bandar dan kampung melebar.

Siapa yang banyak duit sekarang, bukan orang melayukan, siapa ramai dipekan-pekan dan menghantar sekolah anak-anak mereka disekolah yang baik, bukan orang melayukan. Dan siapa yang mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan sehingga ada guru datang ke rumah mengajar, bukan orang kampung bukan. Golongan ini akan menjadi kelompok besar akan mengambilalih kepimpinan disemua peringkat. Mereka sudah hidup senang dan tidak akan peduli orang bawahan.

Saya dibesarkan dan bersekolah rendah dengan murid sekolah itu kurang dari 200 orang dan mungkin kurang dari itu. Sekolah itu 2-3 kilometar dari jalan besar muar-batu pahat masuk kedalam. Sekolah berkenaan pada masa itu hanya kurang dari 10 guru dan kebanyakkan guru akan mengajar semua subjek tidak ikut pengkhususan mereka, saya tak pasti adakah masa itu guru pengkhususan bahasa inggeris terdapat di sekolah itu. Bila saya kesekolah itu semula sekarang, sekolah itu tidaklah banyak berbeza dengan 20 tahun dulu saya tinggalkan. Bangunan sekolahnya hanya sebaris blok yang mempunyai kelas darjah 1 hingga 6. Biasa berlaku, saya belajar bahasa inggeris masa itu, seingat saya akan dicampur darjah satu dan darjah dua dalam satu kelas, tidak ingat alasannya apa. Kekurangan murid di sekolah itu adalah kerana ramai penduduk di sekitar itu menghantar anak-anak mereka ke sekolah di jalan besar dan memikirkan akan kecemerlangan anak-anak mereka. Ramai orang kampung di situ adalah nelayan, kerja sendiri, pesawah, menoreh getah dan petani. Bagaimana hendak dibandingkan pendidikan yang tersedia di sekolah dipekan dengan berbagai kemudahan. Cuba anda fikirkan, sekolah itu masih ada dan tidak banyak berubah sehingga sekarang, juga saya percaya masih banyak sekolah seperti itu. Mereka inilah golongan yang akan tertinggal dalam sistem yang ada sekarang. Darjah 3 ayah saya pindahkan saya sekolah.

Bila saya di tingkatan satu, pelajaran matematik adalah paling mereka tak suka termasuk saya, apatah lagi pelajaran bahasa inggeris. Teringat seorang kawan dulu dikampung, dapat markah matematik 40 sudah berlonjak suka, disebabkan tak pernah dapat markah seelok itu [boleh lulus] dan juga dialah juga juara dikalangan kawan-kawannya. Saya fikir semula dengan dasar yang diperkenalkan sudah tentu kecemerlangan mereka itu tidak akan dapat dilihat dari awal dengan dia tidak lagi minat dalam bahasa inggeris dan semua pelajaran yang diajar dalam bahasa inggeris. Saya antara yang bernasib baik, dipilih ke sekolah berasrama penuh dan mempunyai kemudahan yang berbagai. Saya rasa mereka yang berbuat keputusan ini sehingga menyebabkan terlaksananya perkara ini adalah orang “bangsawan” atau kacang lupakan kulit. Golongan ini tidak berfikir panjang atas kesan yang akan terjadi pada bangsa melayu yang kebanyakannya dikampung.

Mereka tidak merasa keperitan pendapatan mereka hanya 300-400 ringgit sebulan dan masa itu menuding jari akan kelemahan yang ada, bukan mahu membantu. Hingga berkata apa perlunya lagi “tongkat” untuk orang melayu, melayu lemah dengan hanya mengharapkan kebajikan kerajaan, pilihan kemasukan universiti diluas lebarkan kononnya untuk dasar keadilan semua kaum.

Apa yang perlu kita Buat
Dengan usaha sekecil ini, hanya boleh menulis dan bercakap saya tidak boleh mengubah sistem. Apa yang boleh saya lakukan adalah hanya memberi kesedaran pada orang kampung dalam kelangsungan penguasaan dalam bahasa inggeris. Banyak usaha yang boleh kita lakukan seperti motivasi, kelas tambhan free, mini perpustakaan dan lain-lain. tetapi yang lebih penting adalah kesedaran kita dalam hal ini. yang baik itu datang dari ALLAH yang buruk itu datang dari saya.

Pak Wattan
http://usahawanmuda.blog.com/

Posted by in 19:39:24 | Permalink | Comments (2)