Sunday, November 30, 2008

Projek Cacing

Cacing yang baru dipindahkan dalam petak baru


Petak-petak papan yang dipenuhi cacing


 Penyelia projek cacing memastikan semua cacing hidup dengan aman dan tenteram.



Pondok ternakan cacing dan tempat pemprosesan baja organik.

Assalammualaikum buat semua sahabat.
 
TERBARU untuk projek kampong aku adalah “Projek Cacing”. Ramai dikalangan sahabat yang tertanya-tanya mengapa aku buat projek penghasilan “baja organik” ni. Mereka datang dengan menyenaraikan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pengusaha sekarang. Mereka mengutarakan 1001 masalah dari segi sudut ugama, teknikal hinggalah pasaran baja organik yang tak dapat dijual. Sesetengah soalan dapat aku jawab, selebihnya aku tinggalkan kosong tanpa “markah” untuk mereka terus berfikir.

Perkara pertama pada mereka yang berfikir untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya adalah mempunyai “cita-cita yang tinggi”. Apa sahaja yang kelian usahakan perlu ada asas tersendiri. Jawapan “mengapa dan kenapa” perlu ada jawapan yang lancar dari kita. Kebanyakan pengusaha cacing terikut-ikut dengan zaman. Sekarang musim orang buat baja cacing, semua ikut tanpa asas. Tidak tahu mana nak dipasaarkan, bagaimana secara teknikalnya yang sebenarnya bukan semudah menyebut A,B dan C. Tetapi disesetengah pihak pula bercerita untung berpuluh ribu untuk usaha ini.

Kita harus berfikirkan “besar” untuk terus berjaya, jangan berfikiran negatif yang boleh membantutkan usaha kita. Dalam dunia perniagaan, berfikir hanya dua kali, kali pertama apa yang nak dibuat dan kali kedua membuat keputusan untuk dilaksanakan. Tetapi kebanyakan kita pecah kepala memikirkan 100 kali untuk membuat keputusan apa projek nak buat tetapi akhirnya gagal dan membazir setelah berfikir berbulan-bulan tanpa hasil.

Wattan, Muar

Posted by in 13:22:08 | Permalink | No Comments »

Thursday, November 20, 2008

Menerima Tempahan Benih Serai

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan benih serai boleh menghubungi saya melalui email :mybaha76@yahoo.co.uk

Posted by in 19:13:11 | Permalink | No Comments »

Saturday, November 15, 2008

Update Terkini Projek Kampung


Serai yang telah dibersihkan dan siap untuk dipasarkan


Serai yang telah dimasakan didalam guni seberat 62KG.


Salah satu aktiviti kak ros membersihkan serai untuk dipasarkan. Pernah sekali rekod paling banyak kak ros menyiang serai sebanyak 1 TAN sehari/ seorang.

Assalammualaikum

Jam 6 pagi di HYATT Hotel kota kinabalu Aku baru berkelapangan untuk berfikir dan bertenang dengan kesibukan tugasan harian yang mendesak. Baru balik sehari dari Bukit Tinggi, aku sudah bergegas ke KK untuk urusan lain dan akan terus ke JB selepas ini.

Mudah-mudahan apa yang aku buat ini semua berbaloi untuk agama, bangsa dan negara atau sekurang-kurangnya untuk keluarga. Dalam perkara itu aku beralasan tidak dapat meng”update” blog ini dengan secara teratur dan kadar kekerapan yang tinggi.

Projek Serai 1 (3 Ekar)


Mulai selepas bulan syawal yang lepas aku terpaksa menuai serai yang ada walaupun tidak cukup umurnya disebabkan aku telah berjanjii kepada pemborong. Sudah lebih separuh aku tuai dan lebih 20 tan serai dikeluarkan hasil 3 ekar tanah tersebut.

Projek Serai 2 (4 Ekar)



Serai mulai membesar, proses meracun dan membaja akan aku teruskan bulan ini. Semua kerja-kerja ini akan diuruskan semua kekawan aku yang mahir dengan pengalaman yang bertahun-tahun kerja kebun. Dianggarkan dua bulan lagi semuanya boleh mula dituai.

Projek Serai 3 (Tanah JPS 2 sepanjang 2 kilometer)

Penanaman telah dibuat lebih separuh, terpaksa bergilir-gilir untuk menyiapkan penanaman disebabkan pekerja banyak tertumpu dengan penuaian pada tapak projek serai 1. Peringkat pertama penanaman sudah lebih separuh selesai.

Projek Serai 4 (1 Ekar)


Sedang menerangkan keadaan serai dan potensi masa depan “pertanian adalah perniagaan”

Projek Serai 5(3 Ekar) – Tapak baru Parit jamil – Pajak 10 tahun


Proses pembersihan dengan menggunakan jentolak telah siap. Pembakaran sampah dan proses gali parit sedang dibuat. Mungkin dalam seminggu lagi benih sudah mula boleh ditanam.

PROJEK CACING

Projek Baja Organik Cacing Setelah hampir sebulan tertangguh, Alhamdulilah benih cacing pertama telah dimasukan. Lebih RM 40,000.00 modal telah dilaburkan dalam projek ini. Ya lah buat tempat cacing ni pun dah mahal ( 30 kaki X 70 kaki). Tapi nampaknya semua berjalan lancar. Fasa pertama ni aku target dalam 200 KG cacing tapi aku masuk benih berperingkat sambil menimba pengalaman. Mungkin Fasa pertama ni je aku akan ambil masa dalam 3 bulan. Untuk 200 KG cacing akan menghasilkan lebih kurang 4-5 tan baja organik cacing. Dari segi permintaan baja kat kampung ni je dah tak cukup-cukup. Aku sendiri akan guna sebulan dalam 2 tan untuk serai dan sawit aku.


Beberapa Guni baja yang telah siap untuk di proses dan diedarkan.


“Usaha tangga kejayaan” malam pun terpaksa kerja mengesar tahi kambing untuk dijadikan “mediam” makanan cacing

PROJEK SAWIT

Projek Sawit Kebun Sawit 1 (Sg. Buntu – 6 Ekar)
Alhamdulilah sejak aku beli, graf hasil pengeluaran kebun sawit 1 ni nampak meningkat seperti yang dijangka. Bulan lepas sudah 5 tan lebih sebulan.

Kebun Sawit 2 (Sg. Pulai – 2 ½ Ekar ) Sudah siap diracun dan hasilnya juga memuaskan, hampir 2 tan.
Kebun Sawit (Sg. Pulai Laut – 2 ½ Ekar) Pokok mula pulih dari banjir air masin, hasil terkini 1 tan sebulan.

Kebun Sawit (Sg.Pulai Tengah – 6 Ekar )
Kebun dah mula semak, aku cukup suka pergi kebun ni sebab buah sawitnya cukup besar . hasil lebih 5 tan sebulan.

Kebun Sawit (Sg. Muda laut – 10 Ekar) Dengan berbagai usaha untuk memulihkan kebun ni, banyak modal yang dilaburkan dengan projek ni. Parit yang digali sekeliling kebun, baja tahi lembu untuk memulihkan hasil pengeluaran dari banjir air masin berbulan lepas yang disebabkan benting pecah. Insaallah sekarang pokok nampak pulih dan kembali menghijau. Kebun sudah siap diracun. Walaupun harga sawit kurang memuaskan tetapi aku tetap bersyukur. Mudah-mudahan bulan-bulan mendatang harga sawit meningkat semula.

PROJEK RUMAH

Alhamdulilah projek rumah sudah hampir siap. Fasa pertama (50 kaki X 73) hampir 98% siap.


Fasa kedua (dapur 25 kaki X 45 kaki) 50% siap. Banyak nya duit nak siapkan rumah………terpaksa berdekit-dekit nampak 




Wife dan anak saya yang sulong Irfan


Tahniah buat Afnan, Aina dan Aifa telah tamat sesi persekolahan PRASEKOLAH untuk tahun 2008

Posted by in 02:07:02 | Permalink | No Comments »