Update Terkini Projek Kampung

Serai yang telah dibersihkan dan siap untuk dipasarkan

Serai yang telah dimasakan didalam guni seberat 62KG.

Salah satu aktiviti kak ros membersihkan serai untuk dipasarkan. Pernah sekali rekod paling banyak kak ros menyiang serai sebanyak 1 TAN sehari/ seorang.
Assalammualaikum
Jam 6 pagi di HYATT Hotel kota kinabalu Aku baru berkelapangan untuk berfikir dan bertenang dengan kesibukan tugasan harian yang mendesak. Baru balik sehari dari Bukit Tinggi, aku sudah bergegas ke KK untuk urusan lain dan akan terus ke JB selepas ini.

Mudah-mudahan apa yang aku buat ini semua berbaloi untuk agama, bangsa dan negara atau sekurang-kurangnya untuk keluarga. Dalam perkara itu aku beralasan tidak dapat meng”update” blog ini dengan secara teratur dan kadar kekerapan yang tinggi.
Projek Serai 1 (3 Ekar)

Mulai selepas bulan syawal yang lepas aku terpaksa menuai serai yang ada walaupun tidak cukup umurnya disebabkan aku telah berjanjii kepada pemborong. Sudah lebih separuh aku tuai dan lebih 20 tan serai dikeluarkan hasil 3 ekar tanah tersebut.
Projek Serai 2 (4 Ekar)

Serai mulai membesar, proses meracun dan membaja akan aku teruskan bulan ini. Semua kerja-kerja ini akan diuruskan semua kekawan aku yang mahir dengan pengalaman yang bertahun-tahun kerja kebun. Dianggarkan dua bulan lagi semuanya boleh mula dituai.

Projek Serai 3 (Tanah JPS 2 sepanjang 2 kilometer)
Penanaman telah dibuat lebih separuh, terpaksa bergilir-gilir untuk menyiapkan penanaman disebabkan pekerja banyak tertumpu dengan penuaian pada tapak projek serai 1. Peringkat pertama penanaman sudah lebih separuh selesai.
Projek Serai 4 (1 Ekar)


Sedang menerangkan keadaan serai dan potensi masa depan “pertanian adalah perniagaan”
Projek Serai 5(3 Ekar) – Tapak baru Parit jamil – Pajak 10 tahun

Proses pembersihan dengan menggunakan jentolak telah siap. Pembakaran sampah dan proses gali parit sedang dibuat. Mungkin dalam seminggu lagi benih sudah mula boleh ditanam.
PROJEK CACING
Projek Baja Organik Cacing Setelah hampir sebulan tertangguh, Alhamdulilah benih cacing pertama telah dimasukan. Lebih RM 40,000.00 modal telah dilaburkan dalam projek ini. Ya lah buat tempat cacing ni pun dah mahal ( 30 kaki X 70 kaki). Tapi nampaknya semua berjalan lancar. Fasa pertama ni aku target dalam 200 KG cacing tapi aku masuk benih berperingkat sambil menimba pengalaman. Mungkin Fasa pertama ni je aku akan ambil masa dalam 3 bulan. Untuk 200 KG cacing akan menghasilkan lebih kurang 4-5 tan baja organik cacing. Dari segi permintaan baja kat kampung ni je dah tak cukup-cukup. Aku sendiri akan guna sebulan dalam 2 tan untuk serai dan sawit aku.


Beberapa Guni baja yang telah siap untuk di proses dan diedarkan.

“Usaha tangga kejayaan” malam pun terpaksa kerja mengesar tahi kambing untuk dijadikan “mediam” makanan cacing
PROJEK SAWIT
Projek Sawit Kebun Sawit 1 (Sg. Buntu – 6 Ekar) Alhamdulilah sejak aku beli, graf hasil pengeluaran kebun sawit 1 ni nampak meningkat seperti yang dijangka. Bulan lepas sudah 5 tan lebih sebulan.

Kebun Sawit 2 (Sg. Pulai – 2 ½ Ekar ) Sudah siap diracun dan hasilnya juga memuaskan, hampir 2 tan.
Kebun Sawit (Sg. Pulai Laut – 2 ½ Ekar) Pokok mula pulih dari banjir air masin, hasil terkini 1 tan sebulan.
Kebun Sawit (Sg.Pulai Tengah – 6 Ekar ) Kebun dah mula semak, aku cukup suka pergi kebun ni sebab buah sawitnya cukup besar . hasil lebih 5 tan sebulan.
Kebun Sawit (Sg. Muda laut – 10 Ekar) Dengan berbagai usaha untuk memulihkan kebun ni, banyak modal yang dilaburkan dengan projek ni. Parit yang digali sekeliling kebun, baja tahi lembu untuk memulihkan hasil pengeluaran dari banjir air masin berbulan lepas yang disebabkan benting pecah. Insaallah sekarang pokok nampak pulih dan kembali menghijau. Kebun sudah siap diracun. Walaupun harga sawit kurang memuaskan tetapi aku tetap bersyukur. Mudah-mudahan bulan-bulan mendatang harga sawit meningkat semula.
PROJEK RUMAH
Alhamdulilah projek rumah sudah hampir siap. Fasa pertama (50 kaki X 73) hampir 98% siap.

Fasa kedua (dapur 25 kaki X 45 kaki) 50% siap. Banyak nya duit nak siapkan rumah………terpaksa berdekit-dekit nampak


Wife dan anak saya yang sulong Irfan

Tahniah buat Afnan, Aina dan Aifa telah tamat sesi persekolahan PRASEKOLAH untuk tahun 2008